Bosan Tunggu UPU

Assalamualaikum.

Sekarang ni aku tengah tunggu tawaran UPU dan matriks. Masih ada baki 1 bulan duduk dekat rumah :)))

Result SPM aku takdelah boleh dibanggakan tapi lepas jugaklah nak masuk program asasi tu. Takpelah, yang lepas biarkan lepas. Aku dengan subjek matematik ni memang x sehaluan. Aku masuk SBP dengan result matematik aku C.

Masa aku ting.4, cikgu math aku ni rajin gila bagi homework. Kitorang tak pernah tak ada homework math. Tapi sebenarnya homework math tu kadang2 je aku buat. Time aku rasa nak buat dan rajin, aku buat kalau x tu memang aku copy paste je lah yg orang punya.

Tapi kan, disebabkan homework yg cg selalu bagi tu lah aku akhirnya merasa dapat A sekali masa exam akhir tahun padahal sebelum2 ni aku maintain B je kdg2 C. Sekali dapat A memang bahagia gila x leh cakap kat orang tahap bahagia dia tu.

Tapi alhamdulillah la aku dapat merasa A+ matematik masa SPM. alhamdulillah berkat usaha dan air mata :) hahhaha. Addmath aku B+ kira okey lah tu untuk someone yg x minat math macam aku.

Yang satu lagi aku amaze, aku ni punyalah tak minat Sejarah. Trial aku dapat C. Masatu dlm kelas aku, ada 3 orang yg dpt C, aku dgn kawan aku 2 org. Tapi kan, masa kem spm, cg sejarah aku tayang kertas aku dalam dewan depan satu batch aku!!! Ya allah malu dia xyah cakap ah, aku rasa nk duk bawah meja je. Jawapan aku merapu gila babun dan ada yang x lengkap pun sebab aku masatu mengantuk gila. Aku maluuuu!!!!! Start dari haritu aku janji yg aku nk atleast A- sejarah. Aku nk buktikan yg aku sebenarnya boleh walaupun aku x minat.

So alhamdulillah sekali lagi, masa SPM aku dpt A sejarah. bangga!! aku seorang yang selalu tidur dalam kelas sejarah boleh dapat A..korang yg x tidur lagilah boleh sure punya. Apa yg aku nk cakap ialah x pernah terlambat untuk korang berusaha sebaik mungkin. Aku ni kan, start study sejarah betul2 masa lepas trial tu lah. Tapi satu aku nak pesan tolonglah jangan study last minit. Memang menyesal jugak ah.




Comments

Popular posts from this blog

update (:

Happy 2013 :)