update post :)

bismillahirrahmanirrahim 

Blue,Brown,Colorful,Cupcake,Cute,Grass - inspiring picture on PicShip.com

so..dah lama gila kott tak update blog , hehew ;_; aku tersangatlah sibuk kebelakangan ni, sibuk dengan PBS . PBS macam feww -.- sangatlah annoying. Dahlah kena beli fail sendiri, masalhnya fail tu bukannya murah, kalau setakat 2,3 takpalah kot, ini 4,5 buah fail , ohh bukan bukan, lepasni bilangan fail tu akan bertambahh. bagusnya jadi form 1 kan?. soalan PBS pulak, kira okeylah setakat ni, boleh tahanlah kot.

kelmarin, ada gotong royong sikit sebab keesokannya ada orang nak memantau sebab sekolah mira akan dijadikan sekolah kluster, so P&P berjalan setakat pukul 11 je, hooray ! yeyeh , tak belajar, oyehh. ehermm, okey :D lepas tu, kena lah kemas kelas tu kan, kerja mira lap tingkap je. tingkap tu memang habuk tebal 4 inci , LOL xD haha okeh okeh. best woo main habuk, maka dengan itu cemar lah segala kesucian tudungku , tapi takpe, janji seronok !

so , hari ni, seperti yang dihebohkan, memang ada pihak yang memantau. so masa rehat, adalah sorang tu mari memantau kelas aku. blablabla, aku dah tak ingat suasana masa tu, haha aku memang pelupa terhebat . lepastu sebenarnya harini ada perjumpaan kelab dan persatuan tapi seperti biasalah, aku kan sememangnya 'rajin' dan pelajar yang tersangatlah ber'disiplin', hehe :D

aku tersangatlah pening dengan homework. contohnya geografi, cikgu sudah ajar bab 13 tapi aku baru je siapkan nota bab 6, tengok, kan aku dah kata aku pelajar yang 'rajin' . dan segeng dengan aku ialah, MJ , budak comel yang duduk belakang aku , tapi dia dasyat lagi, baru bab 4. okeyy kitorang kan pelajar yang 'rajin' so tak payah lah jeles okey xD

ohh, cepatnya masa berlalu, dah nak masuk ramadhan kan :')

Comments

Popular posts from this blog

Bosan Tunggu UPU

update (:

Update : my upu result