tired of waiting :/

Assalamualaikum  


sekarang, mak aku balik pukul 5.30 , Ahad sampai Selasa sebab dia guru fardhu ain. jadi jenuhlah hari2 abah aku beli makanan dekat luar. hari2 aku mengadap ayam gulai -.- aku rindu nak makan masakan mak aku, tapi Rabu dan Khamis je aku dapat peluang tu, abah aku pulak reti masak ikan goreng je, kalau nasib aku baik, pak saudara aku akan tolong masakkan lauk, tu pun rasa pelik, sebab dia orang singapore, so gaya dia masak tu lain.

tadi cikgu sejarah aku mintak tolong bawakkan kertas PBS ke bilik guru, lepastu aku bawakkan je lah, then cikgu pun mintak tolong semak nama , so aku dengan kawan aku pun tolonglah cikgu, padahal masa tu sepatutnya masa sains.  adalah dekat sejam jugak aku duk menyemak nama tu , sampai habis masa sains tu.

then masa dalam musalla, aku tanya dekat kawan aku, cikgu sains marah tak? then diorang cakap, cikgu sains macam marah jugak gitu, lepastu aku dengar yg masa sains tu buat eksperimen, ouh damn, menyesal gila tak masuk kelas sains tadi, tapi kalau x tolong cikgu sejarah semak nama tadi, rasa bersalah pulak, so benda dah jadi, biarkan je lah ,

hari ni aku balik lewat sangat. masalahnya, abah aku tak boleh datang ambik, ada masalah teknikal , then mama aku pulak ada fardhu ain sampai pukul 5.30, lepas tu aku taktahu nak balik dengan siapa, aku ingatkan nak tumpang kawan aku, lepastu kawan aku cakap boleh tapi kena tunggu sampai pukul 5, aduuh, tunggu lagi, tadi aku dah tunggu dekat sejam lebih, ohh im tired of waiting ! tapi tiba2 tak lama lepastu mak aku datang ambik, aku terkejut jugak, sebab masatu baru pukul 3.46, it supposed to be 5.30 right?

mak aku cakap, dia terpaksa balik awal sebab risaukan aku. ouh terharunya :'( , memang gila lah tadi, aku duduk tunggu sorang2 , boringg ahh. dalam keboringan ku itu, aku sempat baca novel yang kawan aku bagi pinjam, lafazkan khalimah cinta, sedih gila, aku baca 2,3 page rasa nak menangis berbaldi baldi tapi aku kontrol ayu jugak , haha :)


aku terjumpa gambar ni dalam album kawan aku, ya allah, tiba tiba air mata ni jatuh, sebak sangat, betapa rindunya aku dekat ustazah noraini, salah seorang guru praktikal bahasa arab sekolah aku dulu :'(


we happy together, we laugh together, we hug each other but now, it just a memory. we always missing you ustazah , we will ALWAYS :') .  

selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak semua :)

Comments

Popular posts from this blog

Bosan Tunggu UPU

Update : my upu result

SESTER / SM Sains Kuala Terengganu in my opinion