random post :)


aku masih trauma, pasal semalam, aku main lah laptop dalam bilik, tengah syok2 main tuh, pappp!! lampu terpadam, dahlah masa tu dah pukul 12.30, cepat2 lah aku tarik selimut aku tu, then aq menyorok dalam selimut, aku dah memang takut gila masa tu, lama lama tuh, aku tak tahu pulak yang aku boleh tertidur, masa aku bangun tuh, elektrik masih terpadam, masa tu dah pukul 5, then aku keluar lah kejap sebab aku ada nampak cahaya dekat luar,

tengok2 tu lampu dekat ruang tv tuh masih menyala, aik? aku dah naik heran kan, then aku try lah bukak kipas apa semua tu , boleh pulak. kenapa dalam bilik aku tak ada elektrik? masa tu aku mengantuk gila then aku ambik selimut dengan bantal, aku terus je tidur, x ada masa nak fikir benda karoot komedia camtu, tapi sebenarnya aku takut jugak,

aku ni memang penakut. haritu masa kelas bahasa inggeris, cikgu tengah menulis dekat whiteboard, aku duduk depan sekali, then masa tu aku tundukkan kepala aku sikit sebab aku nak ambik benda dekat dalam meja, lepastu tiba2 labah-labah muncul depan mata aku, aku pun serta merta bangun dan kebas kebas badan aku tu, aku memang fobia dengan labah-labah , sampaikan aku terkejutkan satu kelas, semuanya tanya apa apa? cikgu pun sindir aku, spider je, bukan tarantula pun. ouhh, malunya ><

harini, kawan lama aku, farah arina ajak pergi kbm, wahh <3 akhirnya hajat aku termakbul, dah lama aku tak jumpa farah, tpi yg x best, ada ke pulak dia suruh aku belanja kfc, HAHA, taklah sebenarnya aku dah janji pun dengan dia, yang aku akan belanja dia kfc kalau dia balik, then dia tuntutlah janji dia, huhu ;_; melepas jugak duit aku, tapi sekali sekala buat amal jariah, takpelah kot.

ohh, dan silalah lawat blog kak rehan , blog dia sangatlah awesome, semua entry dia, menginsafkan dan menyedarkan :)
Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka. -Rehan Azman-

Comments

Popular posts from this blog

Bosan Tunggu UPU

Update : my upu result

SESTER / SM Sains Kuala Terengganu in my opinion