ramadhan !

Assalamualaikum  



lepas balik sekolah tadi, aku terus pengsan atas katill, penat sangat lah tu, macamlah kerja aku buat rumah batu kan kan? *kutuk diri sendiri. kelas aku tu tingkat ke-3 , naik turun naik turun, lagi2 kalau haritu ada subjek sains ngan ictl

aku nak share pasal pengalaman aku puasa tahun lepas lepas. masa darjah 3 lagi aku belajar puasa, tapi separuh hari je lah hihi :3  masuk darjah 4, camtu jugak, aku puasa separuh hari, mak aku suruh aku belajar puasa penuh sebenarnya , tapi lepas balik sekolah tu, aku curi-curi minum air , hehe :D

masa sahur tu aku tak lalu nak makan sebab tu aku puasa separuh hari je, mak aku suruh aku minum air banyak banyak, tapi masalahnya, mak aku dah campur air masak sejag tu dengan habbatus sauda, aku tak suka bau dan rasa berminyak habbatus sauda tu. so, aku bawa air dalam gelas aku tu ke ruang tamu, kononnya nak minum depan tv, tapi , aku cuah air tu dalam sink , haha, jahat tak aku.

kurma pun senasib jugak. aku tak suka rasa lembek lembek kurma tu, so, aku bawak je dekat ruang tamu, then aku buang je dalam tong sampah. aku tak nak makan, tapi mak aku yg paksa, so terpaksa lah aku mencari idea yg bernas. bernas lah sangat ! . tapi sekarang, mak aku dah tak campur air dengan habbatus sauda dan tak paksa aku makan kurma, yeahh, kalau aku tak lalu nak makan pun tapi aku pastikan aku minum banyak2 air, :)

masuk darjah 5, aku tak berjaya puasa penuh satu bulan sebab gastrik -.- darjah 6, yeahh aku berjaya puasa penuh satu bulan. dan tahun ni pun insyallah aku nak puasa penuh satu bulan , aminn :) masa aku darjah 5&6 aku suka sembahyang terawih, aku suka sangat, tapi aku tak tahu pulak kenapa sekarang ni aku malas.

tapi kan, puasa tahun ni berbeza sangat dengan puasa tahun yg lepas lepas, sebab tahun ni, abang sulung dengan abang kedua aku tak dpt brbuka samasama dekat rumah , tahun lepas lepas, sebelum abang sulung aku masuk u, dan abang kedua aku duduk rumah sewa, mesti meriah , lauk pun sedap sedap, tapi tahun ni aku,mama,abah dengan adik je , ya allah aku rindu abang-abang aku walau diorang kadang kadang memang menyakitkan hati, tapi diorang still abang aku :')

okehh la, dah nak dekat time berbuka ni, byee :D

Comments

Popular posts from this blog

Bosan Tunggu UPU

Update : my upu result

SESTER / SM Sains Kuala Terengganu in my opinion