sim card broadband HILANG !

assalamualaikum ,

Alone,Beautiful,

cuti minggu yg paling teruk dalam sejarah ! ughhh sim card broadband aq hilang lah ! haritu lepas main fb, aq dah rasa puas sangat kan , aq pun ambik keputusan cabut sim card broadband tu sekejap untuk download game dalam android market . aq downloadlah game kan, lepastu aq terus main .

lepastu aq baru teringat yg aq masih guna sim card broadband, so aq cabut sim card tu aq letak sim card aq kan . lepas tu aq x ingat nak letak balik dalam broadband , aq terus je masuk bilik baca novel . sim card tu duduk dekat atas meja dekat ruang tamu , aq memang x ingat langsung pasal sim card broadband tu . malam tu, masa aq nk bukak internet kan , ada satu notis cakap sim card broadband x leh detect , masa tu seluruh badan aq tersentap , eh? aq x letak lagi ke sim card broadband , masa tu jugak aq rasa macam nk pengsan , aq bukan main main , benda ni betul .

aq terus cari dekat ruang tamu, bawah kerusi,kusyen,bawah meja ternyata sim card tu x dak , aq dah terbayang macam mana mak aq akan marah aq , dan mengamuk . ya allah apa yg aq dah buat ni?dalam bilik aq? , x payah cakap seluruh tempat aq geledah , sampaikan dalam bilik air pun aq cari . dekat mana benda tu? setiap pergerakan aq dah jadi lemah , muka aq dah jadi pucat , aq takut yg teramat ! mak aq tu garang , macam mana ni? masa tu aq dh putus asa , aq macam orang gila, hanya menunggu masa nak masuk wad .

masa tu , aq beristighfar banyak banyak , aq ambik air sembahyang aq pergi solat Isyak . tenang sikit hati aq. selepas tu, aq janji dgn diri aq sendiri, sampai ke lubang cicak pun aq cri sim card tu ! sebabnya, sudah tentu lah mak aq akan marah dan mungkin mungkin sahaja aq sampai bila bila x boleh buka internet . lepas puas cari, aq putuskan nak cari esok pulak .

kau tahu apa yg aq mimpi? aq mimpi pasal aq duduk atas kerusi tengah main internet , dan sim card broadband tu elok je dalam broadband tu , lepastu aq tersedar , ya allah mimpi je ke? sim card tu masih hilang ! aq terus sambung tidur . tahu tak? dalam tidur aq tu 3 kali aq tersedar sebab aq mimpi pasal sim card broadband tu . kesian sungguh dekat aq, sampai dalam mimpi pun teringat pasal sim card tu .

pagi tu, aq masih risau, ya allah harini abang aq balik dari camping dah tentu dia nak guna internet , nak x nak aq kena cari jugak sim card tu ! masa aq bangun tu, aq tengok mak saudara aq dah sampai dekat rumah aq, hermm ya mak saudara aq tu menumpang dekat rumah aq pasal dia baru je kena tukar dekat sini dulu dia mengajar dekat gua musang .

dia hanya 3 beranak, so mak aq bagi je lah duduk dekat rumah aq pasal bilik abang sulung aq tu pun kosong, aq pun suka main dengan anak dia, baru je masuk 2 tahun , buas terlajak budak tu tapi aq sayang dia , suami mak saudara aq tu pulak dah biasa dengan kitorang, dia x kerja dia jaga anak, tapi dia ni bagus tau rumah aq dia yg kemas, mak aq x suruh pun , bilik aq pun dia sanggup kemaskan, baju baju milik aq sekeluarga semua dia tolong lipatkan . aq x pernah kekok pun ! pak saudara aq ni sporting, dia asalnya singapore .

berbalik kat sim card, lepas aq makan sarapan , pak saudara aq pun tanya dekat aq "ada hilang sim card x?" aq tersentak ...adakah apa yg pak saudara aq cakapkan tu ialah sim card broadband? aq pun dah berdebar ni kan, aq cakap "emm ada" lepastu dia cakap dia ada jumpa sim card dekat bawah kerusi, dia letak dekat atas meja tv . lepastu aq terus lari dekat tempat yang dia maksudkan .

ya allah, alhamdulillah , doa aq dah dimakbulkan ! aq terlepas dari masalah yg memang bagi aq tersangat berat . bertuahlah aq ada pak saudara yg macam ni ! aq janji, aq x akan berani berani lagi buang sim card broadband hanya untuk kepentingan telefon aq , ye ! masa tu aq rasa ya allah ! terima kasih untuk segalanya :)

Comments

Popular posts from this blog

Bosan Tunggu UPU

Update : my upu result

SESTER / SM Sains Kuala Terengganu in my opinion