a long long day


 assalamualaikum 

saya akan tinggalkan rumah pada 5 disember ini untuk ke kem yang saya beritahu itu . sejujurnya, saya terasa sedikit malas untuk pergi ke kem itu, saya takut dia suruh saya berucap . saya sangat takut untuk berucap, suara saya pasti bergetar dan gagap jika memegang microphone . siapa lah yang baik sangat sampai undi saya jadi ketua uniform ni !!

saya dah penat tahu tak! semua orang anggap saya lemah,lembik dan apa apa saja bukan anggap tapi memang betul pun . saya ter-masuk dalam team bola baling pun sebab cikgu yang latih team tu baik dengan saya kalau tidak jangan nak mimpi , ini semua hanyalah nasib saya . 

mak saya pulak x habis habis masak makanan yang sedap sedap, act semua makanan bagi saya sedap . sampaikan ikan kering ngan telur pun saya kata sedap . saya x tahu kenapa tapi saya sangat suka untuk makan . yang saya paling benci adalah perlu jaga muka, sekarang saya dah agak risau sebab ada jerawat dah selamat mendarat, tapi sekarang ni dah kurang sikit.

saya masih tertanya-tanya bilakah jamuan khas untuk kelas kami diadakan saya x sabar untuk re-meet dengan kawan kawan saya, mesti dah banyak perubahan . bila kelas kami bertembung maka sekolah kami akan bergegar tau . masa darjah 5 dulu, banyak guru-guru cakap kami tersangat bising dan talkative

saya ada seorang guru dia ni cina .. masa tu kelas tambahan petang, saya rasa x selesa kan, jadi saya letak beg dekat kaki meja, lepas tu kawan saya cakap x baik letak buku dekat kaki, masa tu cikgu tu tengah mengajar, bila dia ternampak saya dengan kawan tengok ke bawah , dia arahkan untuk ulang apa yang dia cakap .

saya memang x dengar apa yang dia cakap, sebab saya tumpukan kat apa yang kawan saya cakap, lepas tu cikgu tu pun naik angin dan suruh saya dan kawan keluar dan berdiri di luar kelas . masa tu x payah cakap memang malu , dahla sekelas dengar .

saya nak buat mogok kat cikgu tu sebenarnya tapi x jadi lah pulak sebab terasa bersalah. memang salah saya pun bukan salah cikgu tu . kawan saya pun pernah kena, tapi dia kena duduk sebelah lelaki .. walaupun macam tu, i got 5A beacause of my dedicated teachers . i will never forget about my teachers ! i hope we will meet again .


Comments

Popular posts from this blog

Bosan Tunggu UPU

update (:

Update : my upu result