hari yang membosankan .

Likes | Tumblr

saya sangat malas mahu buat kerja tapi saya rajin bila makan aumm . ohh ya saya sekarang rasa dah putus harapan , kalau saya tidak dapat pergi ke sekolah berasrama penuh pun, smka falahiah dah cukup buat saya. selepas cikgu menghantar semua sijil2 saya, berlambak sijil baru diberikan kepada saya, sebelum sijil saya banyak, saya hanya ada 11 sijil dan diantaranya cuma 7 yang layak dihantar dan guess, sekarang saya ada 21 sijil dengan 2 di peringkat negeri dan 2 daripadanya tokoh matapelajaran terbaik dan ajk pembimbing rakan sebaya .. -_-

pada 28 november ini saya perlu menghadiri kem kepimpinan pemimpin unit beruniform sekolah rendah peringkat negeri kelantan . panjang kan nama dia? HAHA saya perluu pergi kerana saya merupakan pemimpin pergerakan puteri islam .. saya akan pergi dengan kawan saya , ya tentulah dia pemimpin jugakk . saya x pasti sama ada pemimpin unit beruniform lain turut serta atau tidak tapi yang pasti itu tidak menyeronokkan jika mereka turut serta kerana selain dari tunas puteri dan puteri islam, yang lain dipimpin oleh lelaki . ciss yang saya risaukan, lencana puteri islam saya sudah entah kemana menghilang dan tertera di situ pakaian seragam lengkap, saya malas mahu beli yang baru kerana sudah hampir tamat oopps silap, sudah tamat persekolahan , tapi saya mahu pinjam dengan siapa?
  
Tumblr

saya masih marah bila saya buka facebook tetapi tertera 'www.facebook.com had been blocked on this computer, please contact your computer administration' . saya rasa mahu selam laptop saya didalam air sungai
saya buka facebook x dapat, saya buka bllog, tempat post saya lambat betul mahu load, saya sangat marah pasal ituu . saya x tau kenapa tiba2 laptop saya merajuk dengan saya .. abang saya yang sulung kalau bukan pada pukul 1 kecuali hari jumaat jangan harap dia nak buka mata .. abang saya yang kedua pulak sangat annoying , saya pernah bergaduh besar dengan dia .. adik saya pulak dia suka bermain dengan straw yang dikepit pengepit baju entah apa yang bestnya .. saya pulak bosan sungguh .. kalau saya bosan , saya akan buka facebook tetapi ia tidak dapat dibuka lagii .. saya sangat bosan -_- saya mahu pergi ke rumah kawan saya untk bermain2 dengannya tapi siapa yang saya mahu heret?? abah saya? dia sibuk dengan surat khabar dia tuu .. mak saya? sibuk dengan memasak! abang saya? dia sibuk mahu pergi ke rumah kawan dia macam saya jugakk ..

masa saya dapat result tuu .. saya sangkakan cikgu hanya beri 10 ringgit tapi sebenarnya ada 30 ringgit dalam tuu .. wahh best nyaa , dan banyak guru sampai kerani pun ucap tahniah kepada saya , pk kokurikulum punn siap beri saya 10 ringgit . saya x sangka yang mereka kenal dengan saya, saya rasa kalau saya ni bukan anak cikgu saya pasti ramai yang x kenal dengan saya .. saya pergi situ .. berapa A? semmuanya tanya soalan yang sama .. hari ahad ni saya mahu pergi ke perak untuk menghantar abang sulung saya, isnin akan jadi hari tersibuk buat saya kerana saya perlu pergi ke mrsm untuk mengambil no. pin saya dan saya perlu pergi ke sekolah untuk pengesahan guru besar .... saya sangat malas mahu bergerak .

saya terasa hati dengan salah seorang kawan saya, -_-

Comments

Popular posts from this blog

update (:

Bosan Tunggu UPU

Happy 2013 :)